Assalammualaikum, selamat sejahtera dan annyeonghaseyo.
Sebenarnya ini adalah blog saya yang pertama dan saya tak ada topik untuk dibincangkan
sebab itulah saya buat tajuk yang khusus dan yang saya handal. Hahaha. Ini
untuk suka-suka saja dan tak ada sebab tertentu pon saya nak kongsi kannya.
Okey straight to the point. Nampak tak tajuk dan kata sapaan saya? Rasanya
mesti awak semua curious apa sebenarnya saya nak katakan ni kan. Topik ni khas
untuk newbie "Kpopper" sebab ape baca tajuk pon dah tau betul tak?
Hahaha. Topik kali ni saya nak kongsikan 10 CARA HAFAL NAMA DAN MUKA K-DOL
DENGAN MUDAH. Ada beberapa kawan saya yang tanya saya kenapa saya senang dan
cepat sangat hafal nama K-IDOL ni. Hahaha. So sebab tu saya nak kongsikan.
Yelah daripada tak ada topik langsungkan. Hahaha okey jom mulakan!
10 CARA HAFAL NAMA DAN MUKA K-IDOL DENGAN MUDAH:
1.PERASAAN MINAT DAN INGIN TAHU DIPERLUKAN
-Seseorang yang mahu cepat hafal nama seseorang atau mukanya
mestilah mempunyai minat dan perasaan ingin tahu. Betu tak? Jadi perasaan ini
perlu diterapkan dahulu sebelum kita pelajarinya^^
2.BELAJAR SEBUT NAMA YANG MUDAH
-Nama korea seperti yang diketahui mempunyai nama keluarga
dan nama individu itu. Sebagai contoh Choi Minho. Pilih nama yang menggunakan
tidak lebih darpada 5 huruf untuk pembelajaran permulaan. Kemudian, apabila
anda semakin mahir barulah boleh mencuba nama yang lebih panjang seperti Park Chanyeol
3.ULANG NAMA TERSEBUT BEBERAPA KALI SEHINGGA MAHIR
-Sebutkan nama tersebut beberapa kali. Jika anda sudah
menguasai yang pertama pindah pula yang kedua. Seterusnya ulang balik nama yang
pertama. Begitu juga yang ketiga, keempat dan seterusnya.
4.LIHAT GAMBAR IDOL TERSEBUT SAMBIL HAFAL NAMANYA
-Apabila anda memilih seseorang idol itu anda boleh tengok
gambar-gambar nya di Google sambil menghafal nama dan mukanya. Tengok seberapa
banyak yang boleh.
5.CUBA CARI “POINT” UTAMA PADA MUKANYA
-Wajah seseorang mesti ada satu titik fokus yang menyebabkan
orang tertarik untuk melihat sesuatu kawasan itu. Contohnya, hidung. Mungkin hidung yang mancung dan cantik kelihatan
biasa tetapi mungkin individu ini mempunyai bentuk hidung yang agak unik.
Itulah yang dikatan Point utama.
6.KETAHUI NICKNAME INDIVIDU ITU
-Mungkin agak sukar untuk mengingati seseorang itu hanya
berdasarkan dengan nama dan muka. Mungkin cara mengenali Nickname individu itu akan
dapat membantu. Contoh yang di ambil seperti KAI EXO yang digelar “Dancing
Machine” di dalam group nya. Fakta ini boleh diperolehi daripada Google dengan
mudah.
7.KUMPULKAN GAMBAR KUMPULAN DAN MENEKA NAMA SERTA MUKANYA
-Idol majoritiya terdiri daripada berkumpulan. Bagi permulaan
anda boleh berlatih dengan group yang ahlinya sedikit. Seperti TVXQ, JYJ, 2NE1,
MISS A dan lain-lain. Kemudian, apabila sudah mahir anda boleh cuba yang
sederhana dan kemudian yang sukar seperti group EXO, SEVENTEEN, GG, AFTER
SCHOOL dan lain-lain.
8.KETAHUI PERANAN/POSITION INDIVIDU ITU DALAM KUMPULAN
-Setiap member di dalam group mempunyai peranan
masing-masing. Contohnya, peranan ketua. Ini dapat membantu dari segi pengecaman
muka sewaktu mencari individu tersebut.
9.KENALI PERSONALITI
-Cara ini dapat menguatkan lagi daya ingatan apabila anda
teringatkan personaliti individu tersebut. Contoh yng di ambil ialah seperti,
Leo VIXX. Personalitinya yang agak pemalu dan kurang bercakap di dalam group
nya mungkin akan dapat membantu kita mencarinya dengan mudah.
10.KETAHUI LATAR BELAKANG
-Setiap individu mempuyai latar belakang yang berbeza.
Mungkin contoh yang boleh diketengahkan ialah negara. Seperti Bambam GOT7, dia
seorang saja yang tinggal di Thailand dalam group nya. Jadi pasti mudah untuk
mengenalinya.
Sekian sajalah topik untuk kali ini. Kalau ada yang salah
harap dimaafkan. Untuk pengetahuan cara ini
bukan saja dapat dilakukan untuk mengenali artis malah dapat digunakan
dalam pembelajaran dan exam. Contohnya macam nak senang ingat tokoh dalam
pembelajaran sejarah. So, cara ni pun dapat digunakan. Okey jumpa lagi ^^ by admin -SITI KAIRA-